4 Julai 2017 - 08:31
A.S Biarkan Rusia Tentukan Nasib Assad: Laporan

Menurut laporan, Amerika Syarikat mahu Rusia mempengaruhi kepimpinan masa hadapan Syria berikutan kejayaan Damsyik mengukuhkan kawalan mereka ke atas negara Arab itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut laporan, Amerika Syarikat mahu Rusia mempengaruhi kepimpinan masa hadapan Syria berikutan kejayaan Damsyik mengukuhkan kawalan mereka ke atas negara Arab itu.

Setiausaha Jabatan Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson menyampaikan mesej tersebut kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, lapor majalah Foreign Policy.

Di dalam sebuah pertemuan peribadi yang berlangsung minggu lepas, Tillerson memberitahu Guterres bahawa masa hadapan Presiden Syria, Bashar Assad kini terletak di tangan Moscow, baca laporan yang diterbitkan pada hari Isnin.

"Apa yang berlaku ke atas Assad adalah isu (yang perlu ditangani oleh) Rusia, bukan isu kerajaan A.S," beritahu Tillerson kepada Guterres di dalam pertemuan itu. Majalah itu menukilkan sumber yang rapat kepada mereka.

Sekitar tiga bulan lepas, Setiausaha Jabatan Negara A.S itu menegaskan bahawa Assad perlu mengosongkan jawatan beliau berikutan dakwaan Washington berhubung penggunaan senjata kimia oleh Damsyik.

Akan tetapi, jaminan terbaharu Tillerson kepada Guterres menunjukkan bahawa pentadbiran Trump mahukan isu itu ditangani oleh Moscow berikutan hubungan goe-politik di antara Rusia dan Syria serta sokongan pentadbiran Putin ke atas kerajaan Assad.

Beliau juga cuba menunjukkan bahawa serangan A.S ke atas tentera kerajaan Syria sepanjang tempoh beberapa bulan kebelakangan ini hanyalah bersifat taktikal semata-mata dan tidak bertujuan untuk melemahkan kerajaan Damsyik ataupun untuk memperkukuhkan kedudukan pihak pemberontak. -ABNA24

/315